BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 13, 2009

CURANG

Sepasang Suami isteri baru melangsungkan perkahwinan. Si Suami bertanya
isterinya samada dia boleh mempunyai sebuah laci khas untuk dirinya sahaja. Si
isterinya pun tanpa memikirkan yang bukan-bukan terus sahaja bersetuju.
Setelah 30 tahun berkahwin, si isteri tadi pun teringat kepada laci
persendirian suaminya dan bila diintainya didapati didalamnya terdapat 3 biji
bola golf dan duit sebanyak RM 2000.00.
Si isteri tadi terus mendapatkan suaminya untuk penjelasan. Setelah dipaksa
dengan bersungguh-sungguh si suami pun terpaksa menjelaskannya. Dia
menjelaskan, "setiap kali abang buat curang di luar, abang akan simpan sebiji
bola golf di dalam laci". Si isteri berfikir, "30 tahun kahwin baru ada 3 biji
bola?.. Hmm taklah jahat sangat". Habis tu apa kena mengena dengan duit RM
2000.00 tu?
"Setiap kali bola golf tu cukup sedozen, abang akan jual!".

0 comments: