BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 10, 2009

Awas!!! Tongkat Ali boleh menyebabkan kehilangan selera makan



Pada suatu pagi, seorang isteri dengan lembut telah bertanya kepada
suaminya, "Abang nak makan apa pagi, ni? Saya buatkan nasi lemak...nak?Atau
abang nak nasi goreng ke atau roti Canai ke? Atau saya buatkan roti telur
nak?"

Suaminya pun berkata,"Tak payahlah. Abang tak ada selera langsung nak
makan. Ini semua Tongkat Ali punya pasal". Sampai ke tengahari, isterinya
pun bertanya lagi, "Abang nak makan apa tengahari ni? Saya masakkan abang
kari daging...nak?
Atau abang nak makan ikan ke atau ayam ke? Saya boleh masakkan sambal atau
sup atau sweet & sour". Suaminya berkata lagi, "Tak payahlah. Abang masih
tak ada selera nak makan. Ini semua Tongkat Ali punya pasal".

Sampai ke malam, isterinya pun bertanya lagi, "Abang nak makan apa malam
ni? Saya masakkan abang ayam goreng ..nak? Atau abang nak makan fish &
chips ke atau burger ke? Atau abang nak hot-dog? Suaminya berkata
lagi,"Tak payahlah. Abang masih tak ada selera nak makan. Ini semua Tongkat
Ali punya pasal".

Lalu isterinya pun berkata, "Kalau begitu, boleh tak abang tolong bangun
dari atas saya sekejap. Saya nak pergi makan kerana dah lapar sangat
ni!!!!" "Dari pagi tadi tak makan" Ini semua Tongkat Ali Punya Pasal

0 comments: