BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 13, 2009

anak nak kaya x??

Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB
melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu
berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak
compang-camping lalu menegurnya, "Anak nak ke mana?".
Si mamat menjawab ringkas, "KL"
Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab
oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di
dalam keretanya.
Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau ???"
Beliau meneruskan perjalanannya.

Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si
mamat tersentak dan berkata dalam hati, "Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi
aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?"
Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya
nanti lupa diri pulak"
Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya
adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.

Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"
Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup
sederhana".

Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik
ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih
kerana tumpangkan pakcik. Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari
kereta.
Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, "Terima kasihlah pakcik" lalu
meneruskan perjalanan

0 comments: